Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 14 Dis 2018
Versi 8.1.2

 PEKAN BELAGA

Tidak diketahui dengan jelas dari mana daerah ini mendapat namanya.  Pendapat umum menyatakan bahawa sebatang sungai yang bernama Batang   Belaga, iatu anak sungai Batang Balui, menjadi punca kepada nama daerah ini.

Ketika zaman pentadbiran kerajaan Brooke dan pentadbiran kolonial Inggeris, Belaga merupakan pekan kecil yang diletak dibawah naungan Daerah Kapit.  Pegawai Inggeris yang mentadbir digelar ‘Native Officer’ dan kemudian digelar ‘Sarawak Administrative Officer’ atau singkatannya ‘SAO’. Pusat pentadbiran adalah di pekan Belaga dan pejabatnya adalah Kubu Vyner. Kubu ini bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat kerajaan malah menjadi benteng mempertahankan pekan Belaga dari serangan musuh. ...