Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Pendaftaran Anak AngkatPendaftaran Anak Angkat
Senarai Semak Pendaftaran Anak Angkat Cetak Pendaftaran Anak Angkat

 


1. Sijil Kelahiran Kanak-Kanak (Sijil Asal & Salinan)

2. Kad Pengenalan Bapa kandung dan Ibu Kandung (Asal & Salinan)

3. Kad Pengenalan Bapa Angkat & Ibu Angkat. (Asal & Salinan)

4. Kad Pengenalan 2 orang saksi. (Asal & Salinan)

5. Sijil Nikah Ibu Bapa Kandung. (Sijil Asal & Salinan)

6. Sijil Nikah Ibu Bapa Angkat.(Sijil Asal & Salinan)

7. Kehadiran Ibu bapa Kandung & Ibu Bapa Angkat serta dengan Saksi adalah Wajib.

 

Dokumen Sokongan

1. Surat sumpah (diisi oleh ibu/Bapa angkat) jika berkenaan.

2. Surat sarak/cerai (jika berkaitan)

3. Surat akuan kelahiran Anak Luar Nikah bagi Ibu Tunggal.

4. Beza umur Ibubapa Angkat dengan anak angkat mestilah lebih 21 tahun.

5. Ibubapa Angkat mesti berumur 21 tahun keatas.


* Kanak-kanak perempuan tidak boleh diangkat oleh seorang lelaki sahaja (bapa angkat sahaja).



Proses Kerja Pendaftaran Anak Angkat

* Terima dan semak permohonan pemohon.

* Pastikan dokumen lengkap dan memenuhi syarat yang diperlukan.

* Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen tidak lengkap

* Catat permohonan didalam borang Ordinan Pengangkatan (BAB.91)

* Dapatkan tandatangan ibubapa kandung / ibubapa angkat.

* Kelulusan Pegawai Daerah.

* Sediakan Sijil Anak Angkat untuk ditandatangani oleh Pegawai Daerah.

* Serah Sijil Kepada Ibubapa Angkat.