Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Piagam Pelanggan Bahagian KapitPiagam Pelanggan Bahagian Kapit

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan menjalankan tugas mengikut peruntukan Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Kerajaan dengan rasa penuh keikhlasan, tanggungjawabdan dedikasi. Maka dengan ini :-

  1. Pendaftaran probet akan dilakukan dengan serta merta dan surat kuasa mentadbir harta akan disiapkan dalam tempoh masa 20 hari jika semua syarat dipenuhi oleh pemohon.
  2. Pengeluaran surat pesanan seperti Service Order, Local Purchase Order, Air Warrant dan sebagainya akan dikeluarkan dalam tempoh 1 jam bagi setiap pembelian/pesanan.
  3. Pendaftaran bagi kes Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Majistret akan dilakukan dalam tempoh 30 minit dengan syarat semua keperluan perundangan telah dipenuhi.
  4. Penyediaan baucar bayaran akan dilakukan dalam tempoh 15 minit sebaik sahaja waran peruntukan dan bil telah diterima dari kerajaan dan pembekal.
  5. Semua pungutan hasil kerajaan akan dilakukan dalam tempoh 5 minit dan resit yang berkaitan akan dikeluarkan.
  6. Semua permohonan lesen perdagangan akan disiapkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh permohonan dengan syarat semua keperluan telah dipenuhi.
  7. Semua permohonan untuk Sijil Anak Angkat akan diproses dalam tempoh 5 hari jika semua syarat telah dipenuhi.
  8. Penghantaran surat rasmi kerajaan akan dilakukan dalam tempoh selewatnya dua hari selepas ianya disiapkan.
  9. Pelaksanaan projek pembangunan kecil luar Bandar akan dilaksanakan segera sebaik sahaja waran peruntukan/surat kuasa diterima dari kerajaan.  Proses pelaksanaan akan tertakluk kepada spesifikasi, Arahan Perbendaharaan dan lain-lain arahan kerajaan serta disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  10. Permohonan Menduduki Rumah/Kuater Kerajaan Lembaga Perumahan Gunasama akan diluluskan dalam masa 5 hari.
  11. Pengeluaran permit membeli peluru akan dikeluarkan dalam tempoh 5 minit dengan syarat melulus pegawai berada dipejabat.
  12. Pengeluaran sijil kahwin orang ulu akan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit jika semua syarat telah penuhi.
  13. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah Secara Probet akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari.
  14. Pengurusan acara diselesaikan dengan pematuhan sepenuhnya kepada perancangan, jadual, arturcara dan anggaran belanjawan yang ditetapkan.
  15. Lain-lain perkara yang tidak disentuh disini maka ianya akan diproses/ambil tindakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.