picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Dimanakah persempadanan pentadbiran daerah baru Bukit Mabong

Sempadan pentadbiran bermula dari kawasan Rumah Panjang Batu Bansu, Baleh sehingga Long Unai.

2. Apakah mod pengangkutan ke Pekan Song?

Menggunakan bot ekspres dari Terminal Penumpang Sibu.

3. Dimanakah untuk mendapatkan permit lawatan ke Daerah Belaga?

Permit boleh dipohon di Pejabat Residen Kapit.

4. Dimanakah lokasi Pejabat Daerah Kapit?

Aras 2, Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Bleteh, Kapit.

5. Bagaimanakah hendak ke Belaga?

1. Menggunakan bot ekspres dari Terminal Penumpang Sibu ke Kapit dan seterusnya mengambil bot ekspres dari Kapit ke Belaga.

2. Menggunakan kereta sewa dari Terminal Bas Bintulu.

6. Adakah Pejabat Residen Bahagian Kapit menguruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Pejabat Residen Bahagian Kapit tidak terlibat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sejak tahun 2016. Status permohonan BR1M sekarang boleh disemak secara talian di laman sesawang LHDN.

7. Adakah saya boleh menuntut baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Pejabat Residen Bahagian Kapit?)

Tidak. Bermula dari tahun 2016, baucar BR1M akan dikirim ke alamat yang anda kemukakan semasa permohonan.