PESTA "LAMEI DO LEDOH" PERINGKAT DAERAH KECIL SUNGAI ASAP 2024
Pesta "Lamei Do Ledoh"
Tempat: Uma Bawang, BRS Sungai Asap, Belaga Tarikh: 26 - 27 Mei 2024 Disempurnakan oleh: Yang Berhormat Encik Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N.66 Murum & Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang, Menteri Utiliti dan Telemokunikasi (Telekomunikasi), merangkap ADUN N.65 Belaga.
Pesta "Lamei Do Ledoh" pula merupakan perayaan menuai yang disambut oleh kaum Kayan. Perayaan ini akan diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir oleh rumah-rumah panjang yang terpilih selaku tuan rumah perayaan. Antara aktiviti yang diadakan semasa perayaan ini adalah seperti "ngayo", tarian tradisional kaum Kayan, bermain sape, "parap", pertandingan masakan tradisional, pertandingan "keligit" dan "belawan" dan lain-lain lagi.