Pesta "Lamei Do Ledoh"
Tempat: Uma Bawang, BRS Sungai Asap, Belaga
Tarikh: 26 - 27 Mei 2024
Disempurnakan oleh: Yang Berhormat Encik Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N.66 Murum & Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang, Menteri Utiliti dan Telemokunikasi (Telekomunikasi), merangkap ADUN N.65 Belaga.
Pesta "Lamei Do Ledoh" pula merupakan perayaan menuai yang disambut oleh kaum Kayan. Perayaan ini akan diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir oleh rumah-rumah panjang yang terpilih selaku tuan rumah perayaan. Antara aktiviti yang diadakan semasa perayaan ini adalah seperti "ngayo", tarian tradisional kaum Kayan, bermain sape, "parap", pertandingan masakan tradisional, pertandingan "keligit" dan "belawan" dan lain-lain lagi.