Tentang Kapit
Pada 1 Jun 1873, Rajah Charles Brooke telah menubuhkan 3 Bahagian iaitu Pertama iaitu Kuching, Kedua: Sri Aman dan Ketiga: Sibu (Kapit di dalam pentadbiran Bahagian Sibu ketika itu). Pada 2 April 1973, Kapit telah dinaiktaraf menjadi bahagian penuh. Kubu Slyvia merupakan pusat pentadbiran awal Bahagian Kapit. 30 Ogos 1977 Pejabat Residen Bahagian Kapit berpindah ke Bangunan Kompleks Kerajaan Negeri. 4 April 2017 Pejabat Residen Bahagian Kapit berpindah ke Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Bleteh.
Kapit merupakan pengeluaran utama kuasa elektrik di Sarawak dan Malaysia dengan ketiga-tiga empangan elektrik besar dibina di Kapit iaitu Empangan Bakun (2,400 Megawatt), Empangan Murum (944 Megawatt) dan Empangan Baleh (1,285 Megawatt). Kapit juga merupakan pengeluar batu arang terbesar iaitu di kawasan Pelagus dan Merit dengan anggaran keluaran lebih kurang 450,000 metric tan setiap tahun. Kapit turut merupakan pengeluar kayu balak terbesar di Sarawak iaitu 1,300,000 tan setiap tahun.
Kawasan Kapit yang boleh dihubungi jalan awam adalah 26% sahaja, manakala 74% lain masih belum dihubungi jalan awam dan masih menggunakan jalan sungai sebagai pengangkutan utama. Banyak perancangan daripada Kerajaan bagi memastikan seluruh kawasan Kapit dapat dihubungi jalan raya.