Perutusan Residen Bahagian Kapit
Salam Malaysia MADANI dan Salam Sarawak Maju Makmur daripada saya, Encik Galong Ak Luang, Residen Bahagian Kapit ke-18.
Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Pejabat Residen Kapit. Dalam perkembangan arus teknologi maklumat dan komunikasi di dalam segala aspek kehidupan, Pejabat Residen Kapit komited dalam menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan aktiviti dan berita yang dianjurkan oleh pejabat kami, perkhidmatan yang disediakan di pejabat daerah ini, serta maklumat pengurusan dalam pejabat serta pelbagai lagi maklumat kepada warga daerah Kapit khasnya dan masyarakat umum amnya.
Sebagai ketua Pentadbiran Bahagian Kapit, saya akan menjalankan Visi dan Misi sedia ada dengan mengambilkira 7 Enabler dan 6 Key Economic Sectors dalam Post Covid Development Strategy 2030. Sehubungan itu, saya mengajak semua pihak dari jabatan kerajaan dan awam untuk bekerjasama agar Kapit berkembang maju dari masa ke semasa.