picture

 

Perutusan Pegawai Daerah Kapit



Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

 

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Pejabat Daerah Kapit.


Dalam perkembangan arus teknologi maklumat dan komunikasi di dalam segala aspek kehidupan, Pejabat Daerah Kapit komited dalam menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan aktiviti dan berita yang dianjurkan oleh pejabat kami, perkhidmatan yang disediakan di pejabat daerah ini, serta maklumat pengurusan dalam pejabat serta pelbagai lagi maklumat kepada warga daerah Kapit khasnya dan masyarakat umum amnya.


Melalui medium rasmi ini, saya berharap masyarakat mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan pengetahuan tentang daerah ini bersama-sama keluarga supaya kita dapat bersama-sama merealisasikan impian melahirkan komuniti yang proaktif sepanjang hayat.


Ungkapan “AN HONOUR TO SERVE” jelas membuktikan komitmen Pejabat Daerah Kapit dalam membantu masyarakat terutama dari segi perkhidmatan rasmi kerajaan yang secara langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk luar bandar agar bergerak seiring dengan penduduk di bandar hendaknya.


Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan dan kemudahan yang kami sediakan. Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah Kapit dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.


"AN HONOUR TO SERVE"

ELVIS DIDIT

PEGAWAI DAERAH KAPIT