picture

 

Pendaftaran Probet


 


Cetak Pendaftaran Probet

SENARAI SEMAK PERMOHONAN SURAT KUASA

1. Kehadiran semua waris terdekat si mati

2. Salinan Asal & Salinan Fotostat Kad Pengenalan semua waris Sijil Lahir anak-anak. ( Bagi anak yang bawah umur 18 tahun )

3. Sijil Kahwin ( Bagi pasangan simati)

4. Salinan Asal & salinan sijil Kematian simati

5. Surat Akuan (Jika perlu bagi yang tiada Sijil Kematian)

6. Salinan Asal & salinan fotostat harta simati (contohnya: Geran tanah, Buku Akaun Bank ( Baki terkini diperlukan), KWSP, Insuran, Tabung Haji, Green Card     Kenderaan, Lesen Senapang dll)

7. Hadir bersama Ketua Masyarakat / Ketua Kaum di kawasan berkenaan.


PROSES KERJA PERMOHONAN SURAT KUASA ( PROBET )

* Terima Permohonan daripada pemohon

* Semak dokumen dan perkara lain yang berkaitan

* Lengkapkan Affidavit (R.44) dan tandatangani pemohon dan pegawai yang
merekod sebagai saksi.

* Rekodkan semua maklumat dalam buku Pendaftaran Probet (R.49) dan
masukan semua salinan dokumen dalam Affidavit (R.44)

* Tandatangan pemohon / waris-waris yang hadir dalam buku Pendaftaran Probet
   (R.49)

* Pengesahan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum

* Maklumkan kepada pemohon untuk mengambil Surat Kuasa Pentadbiran
selepas (2) dua bulan.

* Bagi kematian sebelum 1 November 1991 harta dinilai untuk memastikan Duti
Pesaka / Cukai Harta.

Pendaftaran Probate