icon AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
icon
Close
 
<< Back to Listing


Announcement

See All

999

KAPIT: Elvis Didit telah memulakan tugas sebagai Residen Bahagian Kapit yang baharu bagi menggantikan Galong Luang yang kini menjawat jawatan sebagai Residen Bahagian Miri.

Majlis serahan tugas tersebut berlangsung di Pejabat Residen Bahagian Kapit pada Khamis.

Elvis Didit, 57, berasal dari Sri Aman sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Korporat, Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam Sarawak pada tahun 1994 sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman.

Sepanjang lebih 34 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah menimba pengalaman luas di pelbagai jabatan dan agensi, termasuk sebagai Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Sibu, Timbalan Residen di Limbang dan Pegawai Daerah Kapit.

Sebelum ini, beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Residen di Pejabat Residen Sri Aman.

Dalam amanat ringkasnya sebagai Residen Kapit, Elvis menegaskan komitmennya untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau juga menekankan kepentingan kerja berpasukan, sejajar dengan saranan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang menyeru penjawat awam negeri dan persekutuan untuk bekerja secara harmoni sebagai satu pasukan.

Selain itu, beliau turut menyatakan hasratnya untuk melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memahami keutamaan rakyat di Bahagian Kapit.

“Saya amat menitikberatkan pandangan dan pendapat rakyat kerana sebagai penjawat awam, kita berkhidmat untuk rakyat. Suara rakyat adalah keutamaan kami,” katanya.

Turut hadir Timbalan Residen Kapit, Robert Liman Deli, Pegawai Daerah Bukit Mabong, Jabang Juntan, Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Residen Kapit.-EDISI UKAS
 

image

Elvis Didit Mulakan Tugas Sebagai Residen Bahagian Kapit

21 March 2025

Tahukah anda?   Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.    Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.   Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026

image

Banci Ekonomi 2026 (BE2026)

02 March 2026
Previous Next