MAJLIS PELANCARAN PROJEK PROPOSED RIVERBANK AND SLOPE PROTECTION WORKS AND EXTENSION OF KAPIT WATERFRONT
Disiarkan pada 11 Aug 2025
Sumber Berita: Real Kapit Chronicle fb page
10 Julai 2025 (Khamis) - Satu lagi mercu tanda pembangunan untuk penduduk Kapit telah dilakar melalui majlis pelancaran rasmi Projek Proposed Riverbank and Slope Protection Works and Extension of Kapit Waterfront yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit (P.215).
Projek ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh struktur tebing sungai serta memperluas dan menaik taraf kawasan Kapit Waterfront agar lebih moden, selamat dan berdaya tarikan. Ia bukan sahaja berperanan melindungi kawasan tebing sungai daripada hakisan, tetapi juga memperindah landskap bandar Kapit dengan elemen reka bentuk yang mesra pelancong dan mesra komuniti.
Melalui pelaksanaan projek ini, kawasan tersebut akan menjadi destinasi rekreasi yang lebih bersepadu, lengkap dengan kemudahan awam yang lebih selesa dan tarikan visual yang mampu menarik kedatangan pelawat dari dalam dan luar daerah. Ia juga dijangka memberi impak ekonomi positif kepada penduduk setempat melalui peningkatan aktiviti pelancongan dan keusahawanan.
Kementerian Kerja Raya komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur luar bandar terus diperkasa agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Kapit Waterfront Extension adalah bukti nyata bahawa pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar adalah satu keutamaan.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.