PROGRAM PERMUAFAKATAN BERSAMA PERSATUAN KETUA MASYARAKAT DAERAH LUBOK ANTU

Posted on 11 Aug 2025
Source of News: Real Kapit Chronicle fb page
Pada 25 Julai 2025, satu Program Permuafakatan Bersama Persatuan Ketua Masyarakat Daerah Lubok Antu ke Daerah Kapit telah berjaya diadakan bertempat di Rh. Benggau, Lepong Sut, Balleh Kapit.
 
Program ini merupakan satu inisiatif lawatan muhibah yang bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama dan persefahaman antara kepimpinan masyarakat akar umbi dari Daerah Lubok Antu dan Daerah Kapit. Ia juga menjadi medan perkongsian pengalaman, pengetahuan serta amalan terbaik dalam aspek pengurusan Ketua Masyarakat, khususnya dalam memperkasa peranan mereka sebagai penghubung antara masyarakat dan agensi kerajaan.
 
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua daerah dalam usaha memperkukuh institusi kepimpinan di peringkat komuniti, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomi luar bandar dilaksanakan secara inklusif, mampan dan berpaksikan rakyat.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini, khususnya kepada rombongan Ketua Masyarakat dari Daerah Lubok Antu atas kunjungan hormat yang amat bermakna ini.
 
Semoga jalinan permuafakatan yang terjalin akan terus diperkukuh demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat di kedua-dua daerah.