MAJLIS PERASMIAN REGATTA BELAGA 2025

Posted on 11 Aug 2025
Source of News: Pusat Khidmat N.66 Murum
8 Ogos 2025 (Jumaat) - Syukur kepada Tuhan kerana YB Kennedy Chukpai Ugon dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Pembukaan Regatta Belaga 2025 yang disempurnakan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia Dan Sukan) mewakili YAB Dato Seri Haji Fadillah bin Haji Yusoff, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air.

Turut bersama dalam majlis ini ialah YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, merangkap ADUN N65 Belaga, YB Senator Micheal Mujah Lihan, Ahli Dewan Negara, Tuan Elvis Anak Didit, Residen Bahagian Kapit, Pn. Bidah Lujah, Pegawai Daerah Belaga, Setiausaha Politik-Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Tn. Jiwari Abdullah, Pengurus Besar, Tanggungjawab Sosial Korporat, Sarawak Energy Berhad, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat serta ketua-ketua kaum Daerah Belaga, serta masyarakat kita di sini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atau pasukan yang terlibat dalam acara Regatta Belaga 2025 ini. Kalah dan menang hanyalah adat bagi sesuatu pertandingan. Apa yang penting adalah penyertaan semua pihak, semangat kebersamaan dan kekitaan, saling meraikan serta saling menerima kepelbagaian entnik dan suku khasnya di Daerah Belaga kita ini.

Regatta Belaga 2025 merupakan acara dwitahunan dan merupakan salah satu pesta utama di Daerah Belaga. Pada tahun ini, Regatta Belaga menghadirkan pelbagai acara menarik seperti Perlumbaan Perahu Kayuh, Perlumbaan Bot Laju, Sukan Rakyat, Pementasan Kebudayaan dan Hiburan dan banyak lagi.
 
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Regatta Belaga 2025 sama ada terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga kenangan Regatta Belaga 2025 ini akan meninggalkan kenangan manis, mengeratkan keharmonian, keakraban pelbagai etnik, budaya dan agama khususnya bagi kita masyarakat Belaga dan Sarawak amnya.
"Sarawak Maju Makmur"
"Sarawak ku Sayang"
"Malaysia Madani"
"Segulai Sejalai"
Tuhan memberkati.
 
Sumber: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum