JELAJAH KRAF MALAYSIA KE RUMAH GARE, NANGA AMPANG, SUNGAI KAIN, BUKIT MABONG
Disiarkan pada 18 Aug 2025
Sumber Berita: Kraf Tangan Malaysia
KAPIT, 16 OGOS 2025- Pada Jelajah Kraf Malaysia bersama Media Massa serta Yang Berbahagia Dato' Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC kali ini melawat bengkel Puan Bangie Anak Embol yang merupakan Tokoh Kraf Negara Tenunan Pua di Rumah Garie, Sungai Kain, Kapit.
Tokoh Kraf Negara merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pakar rujuk yang mempunyai kredibiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Sehingga kini, seramai lapan orang menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara.
Puan Bangie merupakan pewaris Ngar iaitu pakar dalam proses pewarnaan asli benang tenunan dalam kalangan masyarakat Iban. Kaedah tradisional memproses dan pewarnaan asli benang yang digunakan oleh beliau menghasilkan rona warna yang tepat serta tahan luntur dan kekal lama.KAPIT, 16 OGOS 2025- Pada Jelajah Kraf Malaysia bersama Media Massa serta Yang Berbahagia Dato' Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC kali ini melawat bengkel Puan Bangie Anak Embol yang merupakan Tokoh Kraf Negara Tenunan Pua di Rumah Garie, Sungai Kain, Kapit.
Tokoh Kraf Negara merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pakar rujuk yang mempunyai kredibiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Sehingga kini, seramai lapan orang menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara.
Puan Bangie merupakan pewaris Ngar iaitu pakar dalam proses pewarnaan asli benang tenunan dalam kalangan masyarakat Iban. Kaedah tradisional memproses dan pewarnaan asli benang yang digunakan oleh beliau menghasilkan rona warna yang tepat serta tahan luntur dan kekal lama.