MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI RUMAH DENNIS, SUNGAI BEBANGAN, BUKIT MABONG

Disiarkan pada 18 Sep 2025
Sumber Berita: fb YB Datuk Wilson Ugak Kumbong
13 September 2025 (Sabtu) - YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong telah merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Dennis, Sungai Bebangan, Mujong, Bukit Mabong. 

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa kawasan luar bandar harus terus diperkasa melalui pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan ekonomi. Perkara ini amat beliau pandang serius kerana ia menjadi asas penting bagi kesejahteraan rakyat.

Beliau juga berkongsi mengenai kemajuan digital yang sedang dikecapi negara kita dan kepentingannya untuk masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar. Transformasi digital bukan sahaja membuka peluang baharu dalam perniagaan, pendidikan dan pekerjaan, malah ia juga menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang di seluruh negara.

Komitmen ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan tiada masyarakat yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Sumber: fb page YB Datuk Wilson Ugak Kumbong