MAJLIS MERARAU KOMUNITI BERSAMA Y.A.B. PREMIER SARAWAK
Posted on 20 Feb 2026
Source of News: UKAS fb
6 November 2025 (Khamis) – YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah meluangkan masa untuk beramah mesra dengan rakyat Kapit semasa Majlis Merarau Komuniti di Dewan Suarah Kapit setelah selesai mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Sarawak (SDCCM) di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit.
Semasa persidangan media yang menyusur sebaik sahaja mesyuarat tersebut tamat, beliau memaklumkan bahawa pelbagai projek strategik telah dan sedang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. Antaranya ialah projek naik taraf bekalan air bernilai RM 1.96 billion yang turut menerima tambahan RM 300 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan penduduk di Kapit menikmati bekalan air bersih dan berkualiti.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa projek pembinaan jalan penempatan baharu di Merirai dengan peruntukan sebanyak RM 122 juta bakal dimulakan pada tahun hadapan. Tidak ketinggalan juga, beberapa projek jalan utama turut dibangunkan termasuk jalan penghubung ke Empangan Hidroelektrik Baleh dan laluan ke rumah – rumah panjang di sepanjang lembah Baleh.
Setelah selesai majlis tersebut, beliau pun berangkat kembali ke Kuching menaiki helikopter.