Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan menjalankan tugas mengikut peruntukan Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Kerajaan dengan rasa penuh keikhlasan, tanggungjawab dan dedikasi. Maka dengan ini :-
- Pendaftaran probet akan dilakukan dengan serta merta dan surat kuasa mentadbir harta akan disiapkan dalam tempoh masa 20 hari jika semua syarat dipenuhi oleh pemohon.
- Pengeluaran surat pesanan seperti Service Order, Local Purchase Order, Air Warrant dan sebagainya akan dikeluarkan dalam tempoh 1 jam bagi setiap pembelian/pesanan.
- Pendaftaran bagi kes Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Majistret akan dilakukan dalam tempoh 30 minit dengan syarat semua keperluan perundangan telah dipenuhi.
- Penyediaan baucar bayaran akan dilakukan dalam tempoh 15 minit sebaik sahaja waran peruntukan dan bil telah diterima dari kerajaan dan pembekal.
- Semua pungutan hasil kerajaan akan dilakukan dalam tempoh 5 minit dan resit yang berkaitan akan dikeluarkan.
- Semua permohonan lesen perdagangan akan disiapkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh permohonan dengan syarat semua keperluan telah dipenuhi.
- Semua permohonan untuk Sijil Anak Angkat akan diproses dalam tempoh 5 hari jika semua syarat telah dipenuhi.
- Penghantaran surat rasmi kerajaan akan dilakukan dalam tempoh selewatnya dua hari selepas ianya disiapkan.
- Pelaksanaan projek pembangunan kecil luar Bandar akan dilaksanakan segera sebaik sahaja waran peruntukan/surat kuasa diterima dari kerajaan. Proses pelaksanaan akan tertakluk kepada spesifikasi, Arahan Perbendaharaan dan lain-lain arahan kerajaan serta disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Permohonan Menduduki Rumah/Kuater Kerajaan Lembaga Perumahan Gunasama akan diluluskan dalam masa 5 hari.
- Pengeluaran permit membeli peluru akan dikeluarkan dalam tempoh 5 minit dengan syarat melulus pegawai berada dipejabat.
- Pengeluaran sijil kahwin orang ulu akan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit jika semua syarat telah penuhi.
- Permohonan Pindah Milik Senapang Patah Secara Probet akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari.
- Pengurusan acara diselesaikan dengan pematuhan sepenuhnya kepada perancangan, jadual, arturcara dan anggaran belanjawan yang ditetapkan.
- Lain-lain perkara yang tidak disentuh disini maka ianya akan diproses/ambil tindakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.