picture

 

Perutusan Pegawai Daerah Bukit Mabong


Encik Robert Liman Anak Deli

 

Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi singgah melayari Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Kapit dan Daerah Bukit Mabong. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pentadbir Laman Web dan semua pihak yang terbabit dalam menjayakan laman web ini.

Tuan/Puan yang dihormati, Daerah Bukit Mabong merupakan di antara 9 daerah yang baharu diwujudkan di Sarawak dan  secara rasminya diisytiharkan sebagai daerah yang baru pada 3 November 2015 yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem .

Persempadan pentadbiran daerah Bukit Mabong adalah bermula daripada kawasan Batu Bansu sehingga kawasan hulu termasuk 3 perkampungan yang sebelum ini dibawah pentadbiran Daerah Belaga iaitu Long Busang, Long Unai dan Sang Anau. Daerah Bukit Mabong mempunyai keluasan kira-kira 11,976 kilometer persegi dan dihuni kira-kira 22,145 orang.

Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi maklumat serta gambaran secara am mengenai Daerah Bukit Mabong, khususnya tentang objektif visi organisasi, misi, objektif dan maklumat bagi Pentadbiran Pejabat Daerah Bukit Mabong.

Akhir kata, salam hormat daripada kami, warga Pejabat Daerah Bukit Mabong. Diharap tuan dan puan akan mendapat manfaat serta informasi terkini dengan melayari laman web ini.

Sekian terima kasih.



Nombor Telefon Pejabat : 084-796059

Nombor Faks Pejabat : 084-796119